Rabu, 19 Januari 2011

TENANG MENGGONCANG BUMI MALAYSIA

Salam perpaduan dihulurkan kepada semua pembaca.  Sekali lagi bumi Malaysia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Tenang yang berada di selatan Semenanjung Malaysia.  Fokusnya hanya untuk mencari wakil yang mampu membawa dan menyelesaikan isu yang menduri dalam sanubari ummah di Tenang.  Satu pertandingan yang pastinya akan menjadi titik tolak kepada liku-liku dan ranjau yang bakal mendepani nasib rakyat.  PAS tampilkan calon muslimah daripada latar belakang pendidik. Tahniah! ini merupakan keputusan yang berani.  Berani kepada PAS dan Puan Normala serta keluarganya.  Justeru itu, ini adalah mesej yang hendak disampaikan oleh pendokong dan pejuang kebenaran dan keadilan syumul.  Oleh itu, ayuh rakyat di DUN Tenang sahutlah keberanian yang dikemukakan oleh PAS dan Cikgu Mala.  Pastikan kebenaran yang didambakan kita realisasikan di bumi Tenang yang akan pasti membuatkan UMNO dan BN tidak tenang kerana rakyat bersedia untuk merubah wajah dan warna Tenang